Kata mutiara kehidupan
















Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.
Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.


Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan.
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka.
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti.
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.
Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap. 
Rakyat itu akar bangsa.


Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat.
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.
Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.
Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.
Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama?
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.
Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang.
Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.
Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah.
Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar